Narrow Default Wide
Blue Colour Green Colour Orange Colour Red Colour

SISNA Murni Sdn Bhd adalah milik persendirian sepenuhnya, mempunyai dana kewangan sendiri dalam bidang pengeluaran dan pemasaran produk-produk di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor.

Semenjak ditubuhkan pada 1996, SISNA Murni Sdn Bhd telah berkembang dengan pesatnya selama hampir 13 tahun bersama sekumpulan pakar dan pengurusan yang profesional sekaligus sentiasa memenuhi citarasa pelanggan.

SISNA Murni berbangga dengan persekitarannya yang dinamik ā€“ tidak pernah berpuas hati dengan apa ada, SISNA Murni sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai variasi di dalam sektor pemakanan dan pemasaran.

                                               

Kekuatan SISNA Murni terletak dalam penglibatannya dengan pelanggan; berinovasi untuk menyediakan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi untuk pelanggan di Malaysia dan luar negara.

Secara ringkasnya, tiga ā€˜Iā€™ telah diadaptasikan dalam etika kerja SISNA Murni iaitu:

Involvement (Penglibatan)       

-          Pelanggan sentiasa diutamakan

Initiative (Inisiatif)               

-          Cabaran dalam menyelesaikan  pelbagai permasalahan dari setiap sudut sebelum penyelesaian terakhir diimplementasikan.

Innovation (Inovasi)

-         Sentiasa berfikir dalam menambahbaikan produk yang sedia ada untuk kepuasan pelanggan